ARTICLE
Sumatraa Industries Kongsi Pengalaman dalam Podcast ‘Cerita Asyraf’ - Menyentuh Topik Keusahawanan dan Perkembangan Industri
Posted by Aimun on 20 Dec 2024
Events
10 December 2024 – Podcast ‘Cerita Asyraf’ yang dikendalikan oleh Asyraf Khalid terus menjadi platform popular di kalangan usahawan dan individu yang berminat untuk mendalami dunia perniagaan. Dalam episode terbaru, Sumatraa Industries telah dijemput untuk berkongsi perjalanan perniagaan mereka dan memberikan wawasan berharga mengenai cabaran dan peluang dalam industri makanan.


Sumatraa menunjukkan bahawa kejayaan dalam dunia perniagaan tidak datang dengan mudah. Keberanian untuk mencuba sesuatu yang baru, kemahiran menguruskan risiko, serta kerja keras adalah kunci utama dalam membina sebuah perniagaan yang berdaya saing. Pengalaman mereka dalam mengembangkan produk, serta cabaran yang dihadapi ketika memasuki pasaran yang penuh persaingan, menjadi bahan penting dalam podcast ini.
Selain daripada topik perniagaan dan industri, Sumatraa juga berkongsi tentang perkhidmatan yang mereka tawarkan termasuk OEM (Original Equipment Manufacturer), retort dan bulk order untuk menyokong perniagaan mereka. Perkhidmatan OUM membolehkan perniagaan mengeluarkan produk dengan jenama sendiri, manakala retort menawarkan proses pemanasan makanan untuk memanjangkan jangka hayat tanpa bahan pengawet. Bulk order pula menyediakan penyelesaian bagi perniagaan yang memerlukan bekalan makanan dalam kuantiti besar dengan harga berpatutan.
Other Articles







