ARTICLE
Sumatraa Industries Sdn Bhd Bekerjasama dengan NGO, Korporat dan Badan Kerajaan untuk Menyediakan Makanan Ready-To-Eat (RTE) Untuk Bantuan Mangsa Banjir: Komitmen Terhadap Tanggungjawab Sosial.
Posted by Aimun on 4 Dec 2024
Ready-to-Eat Meals for Flood Victims
Banjir yang melanda beberapa kawasan di Malaysia sering meninggalkan kesan mendalam terhadap mangsa-mangsa yang terjejas. Selain kerosakan harta benda dan ancaman keselamatan, salah satu isu utama yang sering timbul adalah kekurangan bekalan makanan yang dapat memenuhi keperluan asas mangsa. Dalam usaha meringankan penderitaan mangsa banjir, Sumatraa, sebuah syarikat pembuatan produk makanan halal, bekerjasama dengan badan kerajaan dan NGO menyediakan produk makanan sedia di makan (ready-to-eat food) kepada mereka yang memerlukan
Dalam menghadapi bencana alam seperti banjir, Sumatraa berperanan aktif dengan menyediakan produk makanan halal yang tahan lama dan sedia dimakan, sesuai untuk keperluan mangsa banjir yang terperangkap dan sukar mendapat sumber makanan.
Melalui kempen bantuan banjir, syarikat ini memastikan bekalan makanan sampai tepat pada masanya dan berharap dapat memberi sedikit kelegaan kepada mereka yang terkesan.
Kepada mana-mana badan kerajaan, NGO atau individu yang mencari makanan ready-to-eat ; set makanan lengkap (1 pek Nasi + 1 pek lauk) untuk memberikan sumbangan kepada mangsa banjir boleh hubungi team Sumatraa melalui Whatsapp (012-9125825) 👇
#sumatraa #readytoeat #foodinstantsupply #instantfoodsupplier #malaysia #misibantuanbanjir #foodbank