ARTICLE

Sumatraa Industries Sdn Bhd Menyertai Biznetwork Fiesta 2024 di Central I-City Mall Shah Alam

Posted by Aimun on 9 Dec 2024

Events

I-City Shopping Mall Centre, Shah Alam: 22 – 24 November 2024 – Sumatraa Industries Sdn Bhd dengan bangganya mengumumkan penyertaan mereka dalam acara Biznetwork Fiesta 2024, yang berlangsung di Central I-City Mall, Shah Alam , Selangor dari 22 hingga 24 November 2024. Acara ini merupakan salah satu acara perniagaan yang mengumpulkan usahawan dan syarikat dari pelbagai sektor untuk meningkatkan peluang perniagaan dan mempamerkan produk mereka.

Acara ini memberi peluang untuk Sumatraa mempamerkan produk mereka dan berinteraksi dengan pengunjung, Sumatraa mengalu-alukan semua pengunjung untuk datang ke booth mereka di Central I-City Mall untuk merasai sendiri produk-produk mereka, mendapatkan informasi lebih lanjut mengenai produk Sumatraa dan menawarkan harga promosi untuk produk mereka. Selain itu, Sumatraa juga dapat mempamerkan produk inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka.