ARTICLE
Sumatraa Industries Sdn Bhd Menyertai Unifi Business Device Fiesta Terpaling ONZ untuk Perluas Pasaran Halal
Posted by Liyana on 5 Dec 2024
Events
Sumatraa Industries Sdn Bhd, peneraju dalam pembuatan makanan halal, baru-baru ini mengambil bahagian dalam Unifi Business Device Fiesta Terpaling ONZ untuk memperkenalkan produk mereka kepada pasaran lebih luas dan membina hubungan perniagaan strategik. Acara ini memberi peluang kepada syarikat untuk mempamerkan produk makanan halal berkualiti tinggi seperti makanan sedia dimakan (RTE).
Unifi Business Device Fiesta Terpaling Onz adalah peluang yang baik untuk Sumatraa memperkenalkan produk RTE kepada lebih banyak orang dan membina hubungan dengan perniagaan lain. Salah satu objektif Sumatraa dalam penyertaan event ini adalah untuk membina rangkaian perniagaan yang lebih kukuh dengan syarikat-syarikat lain.