ARTICLE

Sumatraa Industries Sdn Bhd Terlibat dalam Unifi Karipop Market Sempena Festival Chinatown KL

Posted by Aimun on 6 Dec 2024

Events

KL Chinatown: 30 November 2024 – 1 December 2024 – Festival Chinatown KL, yang merupakan salah satu acara tahunan yang paling ditunggu-tunggu, biasanya menampilkan pelbagai aktiviti yang melibatkan seni, budaya dan masakan tradisional. Unifi Karipop Market ini menjadi platform untuk memperkenalkan pelbagai jenama dan produk, serta memberi peluang kepada usahawan tempatan untuk mempromosikan perniagaan mereka.

Sumatraa memanfaatkan peluang ini untuk mempamerkan produk-produk mereka. Pengunjung berpeluang menikmati pelbagai produk yang dihasilkan oleh Sumatraa, yang tidak hanya menawarkan rasa yang enak, tetapi juga menekankan kepentingan kualiti makanan mereka.

Melalui penyertaan dalam acara-acara seperti ini, Sumatraa terus memperkukuhkan jenamanya dan membuktikan bahawa mereka adalah sebahagian daripada usaha yang lebih besar untuk memajukan syarikat mereka. Sumatraa bergerak aktif untuk event jualan sama ada event local atau International, Sumatraa sedia untuk turut serta. Event Unifi Karipop Market adalah event di bawah Unifi Business dan Sumatraa amat berbesar hati dapat turut serta dalam event ini dan berjumpa dengan Sumatraa Lovers.