SUMATRAA - UKIR NAMA DI
MALAYSIA CULINARY WORLD CUP 2023

Sumatraa melangkah maju kehadapan apabila dijemput untuk menjadi penaja bagi Malaysia Culinary World Cup 2023 (MCWC) yang diadakan pada 21-23 Februari 2023 di Putra World Trade Center (PWTC) Kuala Lumpur. Kami sangat berbesar hati menjadi sebahagian daripada penaja di mana ini merupakan peluang terbaik untuk memperkenalkan lagi jenama SUMATRAA di mata dunia. 

Seramai 650 peserta dari Malaysia dan juga luar negara bersama-sama menjayakan pertandingan ini dan apa yang lebih menarik, pertandingan ini bakal dicatatkan dalam sejarah Guinness World Records apabila menjadi pertandingan masakan paling besar di dunia. Majlis telah dilancarkan oleh YB Khairul Firdaus Akbar Khan (Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya) bersama Dato’ Hj. Zainuddin Abdul Wahab (Ketua Pengarah Tourism Malaysia).

Dalam pertandingan ini juga, kita dapat mengenali pelbagai jenis masakan dari seluruh dunia. Dalam pertandingan ini, sebanyak 9 kategori utama bakal dipertandingkan bersama 62 sub kategori termasuk 40 makanan lokal. Setiap kategori akan diadili lebih kurang 100 Chef terkemuka dari dalam dan luar negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai penyertaan Sumatraafood di MCWC 2023 sila lawati https://www.bersatuculinary.com/

SUMATRAA juga sangat berbesar hati dijemput untuk bersaing dalam kategori “Rendang Malaysia” dimana kami bersaing dengan chef-chef yang handal. Wakil SUMATRAA iaitu Chef Shahril berjaya mendapatkan pingat SILVER dan ia merupakan kejayaan terbesar SUMATRAA dalam pertandingan ini.

CERTIFICATED OF ACHIEVEMENT SILVER AWARD
CHEF MOHD SHAHRIL BIN RAZALI dalam kategori "MALAYSIA RENDANG"
MALAYSIA CULINARY WORLD CUP 2023 yang dianjurkan MALAYSIA BERSATU CULINARY ASSOCIATION (MBCA)