Kisah Sambal Daging Dendeng ​

Makanan yang popular di Malaysia, Indonesia, dan Singapura iaitu sambal daging dendeng yang dibuat daripada bahan semula jadi iaitu cili, rempah ratus, herba dan aromatik. Sambal daging dendeng mempunyai rasa yang kompleks dalam satu hidangan.

Sambal Daging Dendeng Sumatraa merupakan hidangan daging tempatan yang benar-benar lembut dan diperbuat dengan gabungan rasa asli. Perapan daging yang mempunyai rasa semulajadi pedas dan manis sebelum dagingnya digoreng untuk menghasilkan rasa empuk dan senang untuk dimakan. Rasa kesedapan perapan daging yang begitu lembut pasti akan membuatkan anda terpukau.

Sambal Sumatraa berasal daripada loghat Melayu Terengganu "suma traa” yang bermaksud "semua mesti cuba".

Produk ini telah dihasikan sejak 2 tahun lalu dan telah mempunyai ramai pelanggan yang setia sehingga ke hari ini. Dianggarkan jumlah pelanggan kami melibihi 1JUTA orang.

Walaupun kami masih baru dalam perniagaan makanan yang sentiasa berdaya saing ini namun kami akan cuba sedaya-upaya untuk meningkatkan perkhidmatan kami kepada pelanggan. Kami tekad akan memberikan yang terbaik terutamanya kepada anda yang telah menyokong kami selama ini.

Kami sedang berusaha sedaya upaya untuk mengembangkan perniagaan kami walaupun mempunyai ramai pesaing dalam pasaran. Kami bangga dan yakin menyatakan bahawa kami telah menghasilkan ikatan yang kukuh dengan pelanggan-pelanggan kami di seluruh MALAYSIA.

VISI

Mencipta rasa sambal dendeng yang lazat yang membawa kepada pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk semua pelanggan kami dengan menghasilkan produk MALAYSIA TERBAIK, HALAL & SEDIA untuk dimakan di Asia Tenggara pada tahun 2025

MISI

Menyediakan makanan yang sedia untuk dimakan dengan rasa yang pasti memukau serta mendapat sokongan dari semua pelanggan kami di Malaysia. Menjelang 2025 kami menyasarkan untuk melahirkan 10,000 usahawan Sumatraa.

TAGLINE KAMI

"MESTI TRY, PASTI NAK TRAA LAGI"​