ARTIKEL
Sumatraa Teruja Bertanding di Malaysia Culinary World Cup 2023: Memperkenalkan Rendang Malaysia kepada Dunia
Posted by Aimun on 20 Nov 2024
Events
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia – 20 Februari 2023 – Sumatraa, jenama yang menghasilkan makanan siap makan (RTE), dengan bangganya mengumumkan penyertaan mereka dalam kategori Rendang Malaysia di Malaysia Culinary World Cup 2023. Acara berprestij ini berlangsung dari 21 hingga 23 Februari 2023 di World Trade Center Kuala Lumpur, dengan menyaksikan persaingan sengit antara chef-cekap dari seluruh dunia.
Malaysia Culinary World Cup 2023 bukan hanya sekadar pertandingan memasak biasa, tetapi juga merupakan sebahagian daripada usaha mencatatkan rekod dunia Guinness Book of Records untuk pertandingan memasak terbesar di dunia. Salah satu kategori yang menjadi tumpuan utama adalah Kategori Rendang Malaysia. Sumatraa bangga menjadi sebahagian daripada acara ini dan berhasil memenangi pingat Silver di pertandingan ini
Kemenangan yang diraihkan ini telah memberikan inspirasi dan membangkitkan semangat yang luar biasa kepada Sumatraa. Dengan semangat yang baru, Sumatraa berhasil untuk menghasilkan hidangan-hidangan yang istimewa seperti Pes Rendang, Rendang Ayam Aki dan Rendang Daging Nekna.
Sumatraa berbangga untuk menyertai Malaysia Culinary World Cup 2023 dan memperkenalkan rendang Malaysia mereka yang penuh rasa kepada dunia. Dengan komitmen terhadap kualiti, inovasi, dan tradisi, mereka berharap dapat mempamerkan masakan tempatan dalam cara yang relevan dan moden, sambil menggalakkan orang ramai untuk menghargai dan menikmati keunikan masakan Malaysia. Rasai Keistimewaan Setiap Gigitan. Order Now!