Tentang Kami

SUMATRAA, Berasal daripada loghat Melayu, Negeri Terengganu, "Suma Traa" bermaksud "semua mesti cuba," yang ianya juga diperhebatkan lagi oleh tagline kami “Suma Kena Traa,”. Secara langsung ianya menjadi lebih daripada sekadar nama—ia adalah janji kami.

Dalam tempoh hanya tiga tahun, kami telah membina pangkalan pelanggan setia melebihi 1.5 juta orang di seluruh Malaysia. Walaupun masih baru dalam industri makanan yang kompetitif, kami komited untuk sentiasa meningkatkan perkhidmatan kami dan memberikan yang terbaik kepada para penyokong kami.

Kami hadir untuk mentakrifkan semula hidangan sedia dimakan dengan memperkenalkan rasa asli resipi tradisional Malaysia. Sumatraa bercita-cita menjadi peneraju global dengan menawarkan resipi tradisional terbaik yang boleh diakses di mana sahaja dengan produk halal berkualiti tinggi yang menonjolkan budaya Malaysia. Visi kami adalah untuk memberikan pengalaman makanan yang tidak dapat dilupakan dan menyokong komuniti kami sambil menjadi nama teratas dalam pasaran makanan sedia dimakan di Asia Tenggara.

Kami bertekad untuk mengembangkan perniagaan kami dan berbangga dengan hubungan kukuh yang telah kami bina dengan pelanggan di seluruh negara.

"Dari Sumatra ke Pinggan Anda”, kami menawarkan pengalaman terbaik dengan citarasa tradisi masakan Malaysia. Matlamat kami adalah untuk memperkenalkan pasaran global kepada kekayaan masakan Malaysia, dengan kualiti bertaraf tinggi yang dijamin oleh pensijilan Halal dan MESTI kami. Menjelang 2026, kami berhasrat untuk menjadi peneraju pasaran, diiktiraf sebagai salah satu daripada 500 Jenama Malaysia yang Dipercayai, meraikan budaya kami dan menyokong usahawan tempatan.

VISI

Mencipta rasa sambal dendeng untuk menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh semua pelanggan kami dengan menghasilkan produk MALAYSIA TERBAIK, HALAL & SEDIA untuk dimakan di Asia Tenggara pada tahun 2025.

MISI

Providing ready-to-eat meals with flavors that are sure to impress, while receiving support from all our customers in Malaysia. By 2028, we aim to nurture 10,000 Sumatraa entrepreneurs.