Sumatraa dalam Astro Awani: “Level Up Business Anda dengan Platform Digital Terkini” bersama unifi Business DMS
Posted by Liyana on 21 Oct 2025
Branding
Baru-baru ini, Sumatraa berpeluang muncul di Astro Awani dalam program Jiwa SME — membincangkan bagaimana solusi Digital Marketing Solution (DMS) yang diperkenalkan oleh unifi Business membantu usahawan tempatan seperti kami memperkukuh kehadiran digital dan mengembangkan perniagaan ke tahap lebih tinggi.
Apa itu DMS oleh unifi Business?
DMS (Digital Marketing Solution) ialah satu inisiatif daripada unifi Business untuk membantu PKS dan usahawan tempatan mengurus pemasaran digital dengan lebih mudah dan profesional. Melalui DMS, semua urusan pemasaran — termasuk pengiklanan digital, pengurusan kempen, kreatif, dan laporan prestasi — diuruskan oleh pasukan profesional unifi Business.
Dengan kata lain, DMS membantu usahawan “level up business anda dengan platform digital terkini” tanpa perlu pening kepala uruskan ads sendiri.
Bagaimana DMS bantu Sumatraa berkembang
Sebelum menggunakan DMS, kebanyakan kempen pemasaran Sumatraa dijalankan secara manual oleh pasukan dalaman. Tetapi selepas bekerjasama dengan unifi Business DMS, impaknya sangat ketara — bukan sekadar dari segi pengurusan, tapi juga pertumbuhan jenama dan capaian pasaran.
Fokus team lebih jelas
Sekarang, team Sumatraa boleh fokus sepenuhnya kepada B2C (Business to Consumer) — menghasilkan content harian, video live, dan engagement dengan pelanggan.
Manakala DMS pula menguruskan kempen berbayar dan branding Sumatraa di peringkat B2B (Business to Business) — termasuk strategi pengiklanan dan visibiliti digital di pelbagai platform.
Kesan ketara pada SEO & SEM
Salah satu impak terbesar daripada DMS ialah peningkatan carian jenama Sumatraa secara organik.
Apabila orang ramai mencari kata kunci seperti “the best ready-to-eat food in Malaysia” di Google, artikel berkaitan Sumatraa kini muncul di hasil carian utama.
Ini membuktikan keberkesanan strategi DMS dalam memperkukuh SEO (Search Engine Optimization) dan SEM (Search Engine Marketing) untuk jenama kami.
Tarikan antarabangsa meningkat
Menariknya, selepas visibility Sumatraa meningkat hasil kempen DMS — beberapa pelabur dan rakan industri dari luar negara seperti China dan UK mula mengunjungi kilang kami di Puncak Alam untuk berbincang peluang kerjasama dalam pengeluaran produk Ready-To-Eat (RTE).
Bagi pasaran luar, mereka melihat Sumatraa bukan lagi jenama kecil tempatan — tetapi satu jenama Bumiputera Malaysia yang sedang berkembang di peringkat antarabangsa.
“Level Up Business Anda dengan Platform Digital Terkini”
Inilah mesej utama yang diketengahkan dalam liputan Astro Awani bersama unifi Business — bahawa dengan solusi digital yang betul, usahawan tempatan boleh melonjak ke tahap lebih tinggi tanpa perlu pelaburan besar atau pasukan besar.
Sumatraa ialah contoh sebenar bagaimana DMS unifi Business boleh membantu PKS tempatan membina kehadiran digital yang kukuh, menarik pelanggan baru, dan membuka peluang kolaborasi di dalam serta luar negara.
Untuk tahu lebih lanjut bagaimana DMS oleh unifi Business bantu Sumatraa mengembangkan perniagaan dan jenama kami, klik pautan di bawah:
https://www.facebook.com/share/v/1BSXDAPKUA/?mibextid=wwXIfr
