Sumatraa Sertai Hari Usahawan Negara & Foodie Fiesta 2025

Bukit Jalil, 12 – 16 September 2025 – Sumatraa dengan bangganya telah menyertai Hari Usahawan Negara & Foodie Fiesta 2025,

sebuah acara tahunan yang menghimpunkan pelbagai usahawan tempatan, penggiat industri makanan serta komuniti dari seluruh negara.

Penganjuran kali ini lebih meriah dengan pelbagai aktiviti, pameran, dan peluang rangkaian (networking) yang membuka ruang besar kepada para usahawan untuk memperkenalkan produk mereka kepada khalayak yang lebih luas.

Sebagai jenama makanan Ready-To-Eat (RTE) yang terus berkembang, Sumatraa mengambil peluang ini untuk mengetengahkan produk-produk signature kami yang diinspirasikan daripada resipi tradisi. Kehadiran para pengunjung ke booth Sumatraa bukan sahaja memberi sokongan, malah mengukuhkan lagi keyakinan kami dalam meneruskan misi menyediakan hidangan mudah, cepat, dan penuh rasa autentik untuk semua.

Kami amat berbesar hati dengan sambutan hangat daripada orang ramai sepanjang lima hari acara berlangsung. Lebih daripada sekadar memperkenalkan produk, penyertaan ini juga menjadi medan penting untuk membina hubungan baharu dengan para pelanggan, rakan strategik, dan komuniti usahawan lain.

Dengan semangat Hari Usahawan Negara 2025, Sumatraa akan terus komited untuk memperkukuhkan jenama tempatan di pasaran serta menyokong aspirasi kerajaan dalam memperkasakan industri PKS

Leave a Reply